Saturday, 4 March 2017

Cuti Sekolah Datang Lagi..Jom Balik Kampung

Cuti Sekolah Datang Lagi !!!


Musim cuti sekolah dah bermula..Masing-masing sibuk merancang macam-macam aktiviti untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan.Apa aktiviti anda untuk cuti kali ini ?

Mungkin :
+ Balik kampung luang masa bersama orang tua tercinta.
+ Makan angin @ jalan-jalan pusing Malaysia
+ Camping bersama kawan-kawan atau keluarga.
+ Menghadiri majlis kenduri.
+ Melawat rakan-rakan lama

Walau apa pun aktiviti yang dilakukan pastinya memberi kenangan yang sangat mengujakan kepada anda dan keluarga.Anak-anak juga pasti terhibur setelah berhempas pulas belajar tiba masa untuk merehatkan minda,melepaskan segala tekanan dan menguraikan kekusutan minda.





Kehidupan dan suasana sekarang agak berbeza dengan waktu dahulu.Kalau dulu cuti sekolah paling ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak untuk balik kampung berjumpa atuk dan nenek dan bermain-main sepuas-puasnya.Tapi sekarang kanak-kanak dah kurang berminat dengan aktiviti atau permainan kanak-kanak zaman dahulu.

Dengan pembangunan teknologi yang pesat berkembang anak-anak sedari kecil didedahkan dengan gajet-gajet yang canggih dan leka dengan kehidupannya sendiri.Bukan hanya kanak-kanak di bandar.Di kampung juga sudah hilang aktiviti permainan dulu-dulu.Semuanya ada gajet canggih masing-masing.






Dapat dirasakan perubahan ketara dalam pergaulan kanak-kanak sekarang kalau hendak dibandingkan dengan masa dahulu.Kalau dulu ada permainan sorok-sorok,laga guli,congkak,lompat getah,baling tin,gasing dan macam-macam lagi.Sekarang kanak-kanak lebih suka mengadap game dalam gajet-gajet seperti ipad dan sebagai nya.Sudah hilang meriahnya.





Kalau difikir-fikirkan, sedikit masa lagi mungkin kanak-kanak pada masa tu sudah tidak mengenal permainan-permainan lama ni.Permainan lama lebih mengeratkan silaturrahim dan mengajar kanak-kanak hidup bergaul di samping menyihatkan badan.

Walau apa pun semua ada pro dan kontra nya.Ada keburukan dan kelebihan masing-masing.Bergantung kepada ibu bapa dan diri sendiri dalam mencorak kehidupan diinginkan.

Selamat Bercuti !


NoturnCarRental
01111751170

0 comments:

Post a Comment