TEMPAHAN
Untuk tempahan kereta, pelanggan dinasihatkan untuk menempah kereta dalam selang masa seminggu sebelum tarikh hendak menyewa untuk mengelakkan kehabisan kereta untuk disewa atau pertindihan masa penyewaan.
Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi no 011-11751170 samada call/sms atau whatsapp. Sistem tempahan secara online sedang kami bangunkan dan kami akan mengumumkan nya setelah dilancarkan nanti.
Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi no 011-11751170 samada call/sms atau whatsapp. Sistem tempahan secara online sedang kami bangunkan dan kami akan mengumumkan nya setelah dilancarkan nanti.
Beberapa perkara perlu diberi perhatian untuk tempahan :
1 - Deposit
- Untuk menempah kereta pelanggan perlu membayar deposit sebagai tanda jadi untuk menyewa kereta pada tarikh yang ditetapkan.
- Pembayaran adalah dalam bentuk tunai dan kami tidak menerima bayaran dalam bentuk kad kredit dan sebagainya.
- Kadar deposit bergantung kepada model kereta dan jumlah hari hendak disewa.
- Sekiranya pelanggan membatalkan tempahan wang deposit tidak akan dikembalikan.
2 - Butiran Sewa
- Selepas membayar deposit untuk tempahan pelanggan hendaklah menghantar butiran penyewaan dalam bentuk pesanan ringkas (sms) seperti berikut : Nama penyewa , nombor IC penyewa , tarikh/masa penyewaan , lokasi untuk hantar kereta (jika mahu dihantar) , jumlah deposit .
- Selepas bayaran deposit dibuat dan butiran sewa diterima kami akan terus menyediakan kereta mengikut tarikh dan masa seperti yang diminta.
3 - Dokumen Yang Perlu Dibawa :
- Semasa datang mengambil kereta sewa ,pelanggan hendaklah membawa dokumen-dokumen seperti di bawah :
- 1- Salinan I/C
- 2- Salinan Lesen
- 3- Salinan Bil Utiliti (air/elektrik)
- 4- Salinan Bil astro/Internet
- 5- Kad Pelajar/Kerja
- Dokumen 1&2 adalah mandatori iaitu WAJIB ada.Dokumen 3,4&5 adalah option iaitu pelanggan boleh memilih mana-mana satu dari dokumen tersebut untuk diberikan kepada kami.
- Jadi ini bermaksud pelanggan perlu menyediakan sekurang-kurangnya 3 dokumen untuk diberikan kepada pihak kami.
- Pelanggan tidak dibenarkan untuk menghantar wakil untuk mengambil kereta.Hanya pemilik dokumen SAHAJA akan diberi kebenaran memandu kereta yng hendak disewa.
- PENTING : Sekiranya dokumen tidak cukup/tidak lengkap kami tidak akan sekali kali melepaskan kenderaan kami kepada anda walau apa alasan anda sekalipun.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi 011-11751170.
NoturnCarRental
011-11751170
0 comments:
Post a Comment