Saturday 14 October 2017

KADAR PERATUSAN TINTED YANG DIBENARKAN JPJ

Dah pasang tinted ke idok kereta korang? Ke takut kena saman dengan abang JPJ?Hehehee..takde nya nak kena saman kalau korang ikut kadar peratusan yang dibenarkan. 
.
Hari ni saja nak kongsi kadar peratusan tinted yang dibenarkan untuk kenderaan -kenderaan di Malaysia.Realitinya hampir semua pengguna kereta di Malaysia memasang tinted atau filem penapis haba ni pada kereta masing-masing.Tujuan nya tiada lain kecuali untuk mengurangkan kehangatan dalam kereta semasa pemanduan..Faham-faham je la cuaca kat Malaysia ni kan..bila panas terik rasa macam nak terbakor kulit ni..huhu..
.
Sebelum korang berkunjung ke kedai film tint untuk menggelapkan cermin kereta,korang harus tahu berapa kadar peratusan ketelusan cahaya nampak / visible light transmissioan (VLT) yang dibenarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
.
Kadar baharu ketelusan cahaya nampak yang dibenar kan JPJ mengikut peraturan yang ditetapkan dibawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (larangan mengenai jenis-jenis kaca ) 1991,JPJ menetapkan kadar VLT seprti berikut.(Lebih kecil peratus,lebih gelap tint/cermin)
.
 Cermin Hadapan : 70%
.
 Cermin Sisi Hadapan : 50%
.
 Cermin Sisi Belakang : 30%
.
 Cermin Belakang : 30%
.
Okay sekarang korang dah tahu berapa kadar tinted yang dibenarkan...So lepas ni tak payah takut sangat dengan si abang JPJ tu selagi korang tak langgar peraturan okay..






TIPS UNTUK DAPAT HARGA MURAH SEWA KERETA

Hari ni kami nak bongkarkan rahsia macam mana nak dapatkan harga kasih sayang@adik beradik@anak beranak@sedara mara atau apa-apa je lah panggilan nyer daripada kami di NoturnCarz.
.
Sebelum ni kami selalu tekankan untuk berhati-hati dengan iklan yang menawarkan harga kereta sewa yang terlalu murah.Sebab?? Takut korang semua terkena dengan scammer.
.
Kami juga sebenarnya menawarkan harga pada kadar yg rendah untuk pelanggan-pelanggan istimewa kami.Ada caranya..
.
NAK TAHU ? ðŸ’¥
.
Okay meh kami kongsikan :
.
Ada 5 Cara untuk korang dapat harga terendah :
.
 Buat tempahan semasa Promosi
.
 Sewa dalam jangka masa panjang
.
 Jadi Regular Customer kami
.
 Rekemen servis kami pada rakan@family@sedara
.
 Tebus Noturn Point
.
.
Okay korang boleh pilih antara 5 Cara ni yang akan melayakkan korang mendapat harga istimewa dari kami.
.
Nanti kami huraikan lebih detail satu persatu dalam post-post akan datang ye.


.